banyak kejadian yang telah byk berlaku ....

Date: Saturday, December 25, 2010 |
sejak kebelakangn ini byk jak kejadian yg berlaku pd aq !!!
ini , itu , sna , dn sni .... byk jak masalah ....

aq tk taw mcm mna nk hadapi masalh nie ..... uhhh .... wtf this prob ....
ahhhh ..... aq tk taw nk wt mcm mna .... uhhh ....
aq rndu dgn bro yg dulu !!!! ...

uhh ..... aq harap azam thun 2011 ...... aq lebih matng !!! ..... n aq akn belajar dri kesilapn yg lalu .... .......... btw happy new year 2011 .............

CERITA AQ BULAN 8 NIE..!!!

Date: Saturday, August 28, 2010 |
hola.... cerita aq bulan nie byk..... mcm2 je yg aq maw kongsi kn...
story 1 : aQ gembira sbab ramadhan dh dekat habis... tpi aQ akn sedih sebab ramadhn akn berakhir... amal ibadat bulan ramadhn lgi bgus.. tpi aQ miss sgt ramadhn akn berakhir... BTW apa blh buat hari semakin tua.... umur akn meningkat.... raya pun akn dtg.... insyallah raya thun nie tgl 10/09/2010...... raya thun nie aQ ada 2 perasaan... happy dan sad....

crta happy : aQ..... thun nie raya dgn abg2ku yg lama udh aQ nak raya dgn diorg..... dn aQ juga first time jumpa my couple..... i love u sooo much.... aQ happy sgt2 sbb dia sngup dtg raya sma2 dgn aQ..... tmbh syg aQ dgn dia..... abg angkat aQ mil dan zam pun dtg raya dgn aQ .... sungguh2 meriah raya aQ thun nie.... tk sbar2 aQ maw raya sma2 dgn diorg... aQ akn rindu saat kita bsama..... tpi aQ akn miss dgn kmu smua t.. kmu pun bkn lama dsni tpi aQ akn simpan kenangn kta bersama.....


crta sad : tahun nie aQ raya tk ada ayah ku..... ayah ku jauh d semenanjung kt perak....
sad tul aQ..... tak lengkap kegembiraan aQ klu tk ada ayah ku... sad tul2.... klu
thun2 dulu raya ama my father... tpi thun nie tak.... tak meriah sikt...


"apa2 pun aQ msti happy... n no sad2 lgi..... aQ mahu raya thun nie buat aQ ingt selama2 ya"



story 2 : problem kt skul.... blh jadi gila aQ.... byk kena handle.... program2 smua kna handle...
kin aQ sakit ati.... baru2 nie ada pertandingn kelas2.... hujung tahun bru d ada kn.... bikin baccat jak... bru 2.. kna handle pelajar2 sbyk 56org.... stress habis ouh maw fikir2 kn perangai kwn2 aQ 2.... bising gila... tk pandai diam... mcm bdk2 tadika.... tk termasuk aQ la... huhuu... apa2 pun tugas aQ sebagai ketua kelas tetp aQ kna laksana kn.... ujian bgi aQ harus aQ tempuhi .... cabaran dlm hidup....


"bha cukup i2 la aq crta... mls2 maw crta pjg2.. heheh... penat tgn menaip"...

Terima Kasih.....

Date: Monday, August 16, 2010 |

kenangan aQ dgn abg angkat aQ...

Date: Friday, July 16, 2010 |


hurm tk silap aq... aq bjumpa dgn abg angkt aq buln lalu kot.... abg aq 2 berasal dri tawau gk... kmi1 daerah tpi lain kg... skng dia ada d kota kinabalu tgh smbung pembelajarnnya... kenangan aq bsama dgn dia byk betul.... first jumpa dgn dia d bdr tawau... mmg dh ada plan maw jumpa. sudah bjumpa bru aq taw mcm 2 rupa dia.... pastu kmi pun jln2 keliling 1 tawau... kmi g mkn2 d taman tikus... g pasar sayur tawau beli ikan kering utk dia bwa balik g kk.... aq balik2 terkenang sistuasi itu... klu aq jln je d bdr tawau msti aq terkenang.... time jln2 dgn dia balik2 dia pegang bahu aq... aq rasa mcm udh anggap dia jdi abg kandung aq.... time maw pulng kmi terpisah jauh... aq rasa sedih berjauhn dgn dia.. aq balik2 sms n call utk ilangkn rasa rindu aq tpi aq tk dpt thn pisah jauh dgn dia... aq menangis aq teringatkn ketika kmi jumpa... aq sedih tk dpt tgok dia,... aq sedih tk dgr suara dia aq sgt2 sedih time 2.... smpi sekarng kmi still berhubung .. aq happy dpt abg angkt mcm dia...tpi alhamdulilah kmi akn berjumpa lgi... insyallah klu aq panjang umur...

i never forget my brother .... i alwyes miss her

kisah ttg aQ....

Date: |
Tahun nie aq udh 16 tahun... wahh cpt masa berlalu.... alhamdulilah aq masih berpelung utk menikmati hidup d dunia.... perjalan hidup aQ masih lgi d teruskn...aq lembah klu tk ada org yg memberi aq nasihat... aq lembah klu tk ada org yg ambil perhatian ttg aq... aq lemah klu org yg aq sygi n cintai telah meninggalkn aq..... itu lar saat yg aq tk blh lupakn..... aq sgt2 syg dgn dia.... love u..


Anak Kucing Kejar Tikus, Lepas Kencing Sila Jirus!

Date: Tuesday, July 13, 2010 |
Sewaktu pelawak dan penyampai radio popular ERA FM Allahyarham Din Beramboi meninggal dunia kerana pada mula disyaki dijangkiti virus kencing tikus atau Leptospirosis ( kemudiannya disahkan mengidap Dengue Shock Syndrome ( Denggi Berdarah ) barulah saya tahu serba sedikit mengenai bahaya jangkitan kencing tikus atau leptospirosis.

Tikus bernama Remy dalam filem Ratatouille – collider.com

Setelah senyap seketika, pada 10/07/2010 sekali lagi kita dikejutkan dengan kematian enam orang penduduk Lubuk Yu, Maran akibat jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah) . Antara simptom utama adalah demam, batuk, sakit-sakit otot, cirit-birit.

Kerana wabak ini, pusat perkelahan Hutan Lipur Lubuk Yu ditutup serta merta. Sehingga semalam , jumlah mangsa yang terdedah kepada jangkitan tersebut adalah 110 orang.

Walaupun saya tak pernah nampak tikus di rumah ni, risau juga takut ada seekor dua yang berhijrah. Harap-harap Puan Cing yang merayau disekeliling rumah tu boleh jadi pengawal.

Mengikut fakta, tikus dikesan sebagai penyebar utama bakteria ini kerana kitaran hidupnya yang suka makan dan tinggal di tempat kotor iaitu tempat bakteria Leptospira membiak.

Bakteria Leptospira akan tersebar melalui cecair yang dikeluarkan oleh tikus seperti air kencing, air liur, darah, air mani dan najis.

p/s- saya keliru antara virus kencing tikus atau bakteria kencing tikus

Tips Meningkatkan Daya Ingatan

Date: Monday, July 5, 2010 |
Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.
Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yg mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yg terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

12 Sifat SAHABAT

Date: |
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan
membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan
sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan
menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan
menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan
menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan
mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan
menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan
kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang
mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan


{petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali}

mabuk dalam Cinta................

Date: Thursday, June 3, 2010 |
MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
 
Copyright @ 2009 A Journey Of Mylife & My Story: 2010 | Original Design: Music Joomla Template | Modified By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox